‘’Surat kepada PM bukan minta tutup kes’’ – Saravanan

DATUK Seri M.Saravanan menegaskan, surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan meminta kes beliau disemak secara menyeluruh dan bukannya mahu kes ditutup.

Bekas Menteri Sumber Manusi itu berkata, surat tersebut hanya bertujuan meminta kesnya disemak secara menyeluruh kerana menyifatkan pertuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas.

“Saya tidak menulis surat kepada perdana menteri untuk meminta kes ini ditutup atau mendapatkan perlindungan,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas didakwa di Mahkamah Sesyen.

Timbalan Presiden MIC itu didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta berhubung kelulusan bagi permohonan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat, empat tahun lepas.

Saravanan berkata beliau tidak malu dengan pertuduhan itu dan yakin akan dibebaskan selepas perbicaraan.

“Saya tidak berasa malu dengan pertuduhan ini. Apabila kebenaran akhirnya terbongkar, mereka yang menuduh saya akan berasa malu,” katanya.

Ahli Parlimen Tapah itu turut menegaskan beliau tidak mengenali individu atau entiti korporat yang dinamakan dalam kertas pertuduhan.

Beliau sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses undang-undang dan mahu kes itu dibicarakan tanpa sebarang kelewatan.

“Saya mahu membersihkan nama saya di mahkamah secepat mungkin,” katanya.

Saravanan menegaskan, apabila perbicaraan ini selesai nanti, orang ramai akan mendapat gambaran lebih jelas mengenai realiti politik Malaysia dan ahli politiknya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here