RCI Tabung Haji: Bekas COO TH antara beberapa individu akan didakwa esok, Jumaat

BEBERAPA individu yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk orang kenamaan bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka didakwa di mahkamah esok dan Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, cadangan pertuduhan itu dilakukan susulan hasil penelitian enam kertas siasatan oleh pasukan khas pada 31 Julai lalu.

“Bagi kertas siasatan pertama, empat pertuduhan akan dilakukan iaitu tiga pertuduhan di Mahkamah Shah Alam pada esok (3 September), sementara Jumaat (4 September)  satu pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Empat lagi kertas siasatan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Difahamkan, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) TH akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Menurut senarai kes mahkamah, individu terbabit dijadualkan hadir di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun, jenis pertuduhan yang bakal dihadapinya tidak dinyatakan dalam senarai berkenaan.

Sementara itu menurut Abd Halim, siasatan dijalankan merangkumi aspek di bawah Akta SPRM 2009 membabitkan unsur kesalahan sekiranya dikesan iaitu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Bagi siasatan di peringkat awalan, terdapat enam isu yang telah dibangkitkan di dalam laporan RCI tersebut yang telah dirujuk kepada pihak kami oleh pihak Tabung Haji untuk siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here