SPRM sahkan 11 individu ditangkap berhubung siasatan RCI Tabung Haji

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sebanyak 11 individu setakat ini telah ditahan oleh agensi itu bagi membantu siasatan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Kesemua tangkapan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

DATUK Seri Abd Halim Aman

Berikut adalah senarai 11 individu yang telah ditahan:

1) Bekas Pengarah Urusan TH (61 tahun)

2) Pengarah Syarikat Putrajaya Perdana (59 tahun)

3) Bekas Pengarah Putra Perdana Construction Sdn Bhd (61 tahun)

4) Bekas Pengerusi Tabung Haji (60 tahun)

5) Bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad (69 tahun)

6) Ketua Pegawai Operasi Alam Maritim Sdn Bhd (67 tahun)

7) Bekas Pengurus Besar Kanan Haji TH (65 tahun)

8) Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (58 tahun)

9) Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (59 tahun)

10) Bekas Penasihat Undang-Undang TH (60 tahun)

11) Bekas Menteri (65 tahun)

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here