Pas sasar perluas agenda penyatuan ummah ke Sabah, Sarawak

PAS akan memperluaskan agenda Penyatuan Ummah yang merupakan usaha ke arah pengukuhan kekuatan politik Melayu-Islam dan kestabilan negara termasuk sehingga Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu bukan sahaja membabitkan sasaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya turut merangkumi kerusi Parlimen.

“Ya, mestilah Sarawak (Gabungan Parti Sarawak), Sabah (Gabungan Rakyat Sabah) selain UMNO itu sendiri di negeri berkenaan (Sabah).

“Kita mungkin mengorak langkah dan ini rancangan kita. Lagipun PAS sudah mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

“Mungkin selepas ini kita akan bertanding kerusi Parlimen pula nanti,” katanya ketika ditemui media selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, parti itu yakin agenda Penyatuan Ummah akan turut diberi penekanan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung minggu hadapan.

“Kita yakin itu satu penekanan oleh Presiden UMNO sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Takiyuddin yakin hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan diganggu pihak lain.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here