Kedutaan AS nafi cuba pengaruhi kepemimpinan politik Malaysia

KEDUTAAN Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menafikan pernah cuba menentukan kepemimpinan politik Malaysia, sambil menyifatkan sebarang dakwaan sebaliknya sebagai palsu.

Dalam satu kenyataan, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr berkata, AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.

“Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepemimpinan politik Malaysia dan sebarang laporan yang mendakwa sebaliknya adalah palsu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam bahawa seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon yang dicadangkan parti itu sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi mendakwa pertemuan berkenaan berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama ke Malaysia.

Beliau membuat dakwaan berkenaan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-72 di Kota Bharu, semalam.

Abdul Hadi turut mendakwa Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum itu diberitahu oleh Duta AS bahawa kerajaan boleh dijatuhkan, dengan Amerika Syarikat bersedia memberikan bantuan.

Bagaimanapun, katanya, Takiyuddin dan Samsuri tetap dengan pendirian mereka dan tidak terpengaruh dengan tawaran berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, dalam pertemuan susulan dengan duta berkenaan, nama Tun Dr Mahathir Mohamad pula disebut sebagai calon berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri dan cadangan itu mendapat persetujuan.

Takiyuddin ketika ditemui pemberita selepas muktamar mengesahkan pernah mengadakan pertemuan dengan wakil kedutaan, namun berkata perbincangan tidak lebih daripada persoalan sama ada Pas mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang tidak dijawab oleh Pas.

Beliau menegaskan Pas tidak pernah mendapatkan campur tangan asing dalam politik negara dan keputusan sedemikian adalah hak parti lain, bukan pihaknya.

Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here