Siasatan Felda, Tabung Haji bukan polemik politik, iri hati dan dendam – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan dan pendedahan berkaitan isu tata kelola membabitkan beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar polemik politik atau bersifat iri hati dan dendam.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah tanggungjawab beliau selaku pemimpin untuk memastikan pemerintahan negara berjalan mengikut perundangan serta membebaskan negara daripada sebarang kecurangan.

“Jangan politikkan (isu ini). Fikirkanlah, yang siasat bukan saya, ia adalah badan penguatkuasaan.

“Yang memutuskan untuk mendakwa itu juga adalah Peguam Negara, malah mereka ada pasukan yang meneliti setiap kes manakala yang menghukum itu pula hakim,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang hari ini.

Menurut Perdana Menteri, seperti disebut beberapa kali sebelum ini, perkara itu bukannya mudah dan tidak disambut (baik) oleh semua.

Katanya, jika berterusan ia boleh menjadi satu polemik politik yang merugikan.

“Jadi tugas saya dan rakan-rakan ialah memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan dan rasuah dihentikan, ia bukan momokan politik biasa.

“Ini kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat bawahan jadi kita harus bantu dengan bersihkan negara ini dari segala kecurangan.

“Kalau tidak, tiap kali ada yang akan kata ini balas dendam, ini zalim, ini hasad, ini dengki,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here