Penyeludup beras dikhuatiri lemas terjun Sungai Golok

SEORANG penyeludup beras dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Golok ketika cuba melarikan diri daripada serbuan Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampiran Stor Haram Pok Ngoh, Pisau Raut, Tumpat, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.25 petang ketika anggota Cawangan Risik Batalion 8 PGA menjalankan rondaan menerusi Op Taring Wawasan.

Menurutnya, anggota mengesan sebuah perahu dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran tebing Sungai Golok.

Katanya, kedua-dua suspek terjun ke sungai sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan sebelum berenang ke arah tebing Thailand.

“Seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri ke tebing Thailand, manakala seorang lagi tenggelam dan hilang daripada pandangan dipercayai lemas.

“Anggota cuba mengendalikan perahu berkenaan untuk membantu menyelamatkan suspek, namun gagal apabila kipas enjin tersangkut,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, pemeriksaan terhadap perahu berkenaan menemukan 1,178 kilogram (kg) beras dan 100 kg beras pulut yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Kita turut merampas sebuah perahu bersama sebuah enjin yang digunakan suspek dalam kegiatan penyeludupan itu.

“Kejadian itu turut dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor bagi membantu operasi mencari dan menyelamat serta siasatan lanjut,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here