475 warga Indonesia terlibat penipuan dalam talian terkandas di Phnom Penh

SERAMAI 475 warga Indonesia, termasuk 48 wanita, kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan sementara di bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, dengan sebahagian daripada mereka sudah berada di situ untuk tempoh yang agak lama sementara menunggu dokumen perjalanan atau bantuan kewangan bagi membeli tiket penerbangan pulang.

Kebanyakan warga Indonesia terbabit dilaporkan melanggar undang-undang imigresen Kemboja kerana didakwa bekerja secara haram atau tinggal melebihi tempoh visa yang dibenarkan.

Menurut sumber, kumpulan itu memasuki Kemboja sebelum terbabit dalam pekerjaan haram yang mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan dalam talian.

Susulan tindakan berterusan Kerajaan Kemboja membanteras operasi penipuan dalam talian, mereka meninggalkan tempat kerja masing-masing dan mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Indonesia di Phnom Penh.

Mereka kemudiannya dipindahkan ke pusat perlindungan sementara berkenaan, dengan kebanyakan daripada mereka dilaporkan tidak mempunyai pasport, lapor khmertimeskh.com.

Kumpulan itu merayu Pemerintah Indonesia campur tangan dan membantu memudahkan kepulangan mereka ke tanah air.

Sumber daripada pihak berkuasa Kemboja berkata Kedutaan Indonesia sebelum ini memberikan bantuan, termasuk bekalan makanan serta surat permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, bantuan tersebut dilaporkan dihentikan pada 30 Ogos 2026 atas alasan kekurangan dana.

Kumpulan berkenaan kini memohon bantuan lanjut, khususnya bagi mendapatkan dokumen perjalanan dan pembelian tiket penerbangan, yang menurut mereka akan membolehkan mereka pulang ke Indonesia secepat mungkin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here