Raih RM12.1 juta jual visa secara haram, Penasihat Kementerian Luar Kemboja dipecat

BEKAS pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa (MFAIC) Kemboja, Tho Samnang, disingkirkan daripada jawatannya sebagai penasihat kementerian susulan siasatan terhadap dakwaan menjual visa khas secara haram kepada warga asing yang mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan dalam talian.

Arahan penyingkiran itu dibuat menerusi Dekri Diraja bertarikh 27 Ogos dan diumumkan kepada orang ramai semalam.

Tindakan itu diambil selepas Unit Antirasuah (ACU) mendapati Samnang bersama dua individu lain yang didakwa bersubahat menjual visa jenis C dan Cex kepada warga asing yang terbabit dalam penipuan dalam talian, dengan hasil kira-kira AS$3 juta (RM12.1 juta), lapor khmertimeskh.com.

Samnang kini ditahan reman sementara menunggu perbicaraan.

Menurut ACU, Samnang mempunyai 375 akaun bank berasingan di tujuh bank yang dikenal pasti sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap skim penjualan visa secara haram yang dikaitkan dengan pengendali penipuan dalam talian dari luar negara.

Samnang sebelum ini disingkirkan daripada jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Perundangan, Konsular dan Sempadan MFAIC pada 28 April.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat kementerian dengan pangkat yang setara dengan ketua pengarah.

Kes berkenaan tercetus susulan penahanan Samnang berkaitan dakwaan skim penipuan visa membabitkan ribuan visa yang dikeluarkan kepada warga asing.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here