Kumpulan Houthi dakwa serangan sasar Makkah satu pembohongan

SEORANG pegawai kumpulan Houthi menafikan dakwaan pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi bahawa sebuah dron milik kumpulan itu dilancarkan ke arah Makkah.

Anggota biro politik kumpulan itu, Hazem al-Assad menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar dan hanya taktik lapuk Arab Saudi bagi meraih sokongan dunia Islam.

“Tuduhan bahawa Makkah menjadi sasaran adalah pembohongan lapuk yang pernah digunakan sebelum ini dan tidak lagi memperdayakan sesiapa,” tulisnya di platform X hari ini.

Sebelum ini, Pertahanan Udara Arab Saudi melaporkan berjaya memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi berhampiran Makkah.

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki berkata, dron berkenaan dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan semalam, sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.

Beliau berkata, dron berkenaan dipintas di selatan kota Makkah.

Al-Maliki berkata, cubaan berkenaan adalah kali kedua Makkah menjadi sasaran, selepas cubaan pertama menggunakan peluru berpandu balistik pada 27 Julai 2017.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan tercela kerana cuba menyasarkan tempat turunnya wahyu dan tempat suci yang dekat di hati jutaan umat Islam dari seluruh dunia.

Katanya, tindakan itu juga bertujuan menakutkan tetamu yang berada di Masjidil Haram serta mengancam keselamatan penduduk dan warga asing yang menetap di kawasan berkenaan.

“Percubaan bermusuhan ini akan kekal sebagai catatan hitam dalam rekod pelanggaran yang dilakukan kumpulan Houthi yang melampau dan pengganas, kerana ia adalah tindakan sengaja untuk mencetuskan kemarahan jutaan umat Islam,” katanya.

Al-Maliki menegaskan keselamatan dua masjid suci serta tetamu Allah adalah garis merah.

Beliau berkata, Pemerintah Angkatan Bersama Gabungan tidak akan teragak-agak mengambil segala tindakan yang perlu dan tegas terhadap kumpulan Houthi serta tindakan bermusuhan dan keganasan yang dilakukannya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here