PM selamat tiba di Shanghai, mula misi tiga hari Diplomasi MADANI di China

DATUK Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Shanghai, China bagi memulakan lawatan kerja selama tiga hari.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan memulakan atur cara lawatan dengan mengadakan pertemuan bersama pemain industri sebelum menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Shanghai, dan langsung memulakan langkah Diplomasi MADANI tatkala malam kian melabuhkan tirainya di bumi China.

“Insya-Allah saya akan mengadakan sesi perjumpaan bersama pemain industri, sebelum menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026.

“Doakan usaha dan ikhtiar delegasi Malaysia dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang diharapkan demi kemakmuran tanah air kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar memulakan lawatan kerja ke China atas jemputan Perdana Menteri China, Li Qiang yang merangkumi kunjungan ke Shanghai dan Hangzhou.

Sepanjang lawatan itu, beliau dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bagi memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama dalam pelbagai bidang strategik antara Malaysia dan China.

Pertemuan bersama wakil syarikat terkemuka turut dijadualkan dalam usaha menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Malaysia.

Selain menghadiri WorldSkills Competition Shanghai 2026 bagi memberikan sokongan kepada peserta Malaysia, Anwar turut dijadual menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) di Hangzhou.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here