14 maut termasuk pegawai kanan tentera dalam nahas pesawat tentera Congo

SEKURANG-kurangnya 14 orang termasuk pegawai kanan tentera terbunuh selepas sebuah pesawat tentera Republik Demokratik Congo (DRC) terhempas di barat daya negara itu pada Jumaat.

Pesawat berkenaan dalam perjalanan dari bandar Kikwit menuju ibu negara, Kinshasa, sebelum mengalami masalah teknikal dan cuba melakukan pendaratan di Kenge, wilayah Kwango.

Timbalan Gabenor Kwango, Remy Saki Bokinda, berkata pesawat itu terhempas ke kawasan kediaman kerana Kenge tidak mempunyai landasan untuk pendaratan.

“Oleh kerana tiada landasan pendaratan di Kenge, pesawat itu terhempas ke kawasan kediaman,” katanya lapor Al-Jazeera.

Jurucakap tentera Congo, Mejar Jeneral Efomi Ekenge, mengesahkan 14 orang terbunuh dalam nahas berkenaan.

“Semua yang berada di dalam pesawat maut; 12 daripada mereka terbakar sehingga sukar dikenal pasti, manakala jasad juruterbang ditemui di luar pesawat,” katanya.

Menurut pihak tentera, mangsa termasuk orang awam dan anggota delegasi rasmi yang dalam perjalanan bersama dua orang jeneral, selain beberapa anggota tentera lain.

Bokinda turut mengesahkan kebanyakan mangsa terbakar sehingga tidak dapat dikenal pasti, manakala juruterbang ditemui meninggal dunia di luar bangkai pesawat.

Ekenge berkata siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

DRC, sebuah negara yang luas dan kaya dengan sumber mineral di Afrika Tengah, telah berdepan konflik selama beberapa dekad, khususnya di kawasan sempadan timur dengan Rwanda.

Beberapa kumpulan bersenjata bertelagah untuk menguasai kawasan perlombongan yang mempunyai sumber mineral bernilai tinggi.

Tentera Congo kini berdepan dengan beberapa kumpulan pemberontak yang sejak tahun lalu dilaporkan berjaya menguasai beberapa bandar utama di negara berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here