Tiada keputusan rasmi PH-BERSATU bagi PRN Melaka – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) masih menunggu keputusan Majlis Presiden berhubung sebarang bentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan mengenai perkara berkenaan.

“Apa-apa keputusan akhirnya untuk Pakatan Harapan akan dibuat melalui Majlis Presiden. Jadi setakat ini kita tunggu Majlis Presiden. Belum, belum ada apa-apa perkembangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pembiayaan Inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kehadiran beberapa pemimpin BERSATU dan PH Melaka pada satu sesi makan malam tertutup di sebuah hotel di Melaka, malam tadi.

Fahmi berkata, beliau tidak menghadiri sesi berkenaan dan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara yang dibincangkan.

“Saya belum terima apa-apa maklumat berdasarkan laporan media. Ia hanya sesi makan malam, tak dibincangkan dengan saya. Saya tak ada, saya tak ada maklumat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menerima maklumat daripada pihak ketiga berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi PH Melaka, Datuk Adly Zahari dilaporkan berkata PH menggunakan pendekatan PH Plus dan mengadakan rundingan dengan BERSATU, namun belum mencapai keputusan muktamad.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here