YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di Kuala Lumpur.
Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Baginda dan Perdana Menteri turut membincangkan pelbagai isu-isu semasa,” katanya.
Pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung hampir sejam.





