Ramanan wakil komuniti India pertama terima SJMK Kelantan sejak 1925

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan melakar sejarah apabila menjadi individu daripada komuniti India pertama menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) sejak darjah kebesaran itu diperkenalkan pada 1925.

Ramanan turut mendahului senarai penerima SJMK bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-57 hari ini.

Darjah kebesaran berprestij itu membawa gelaran Datuk, manakala keanggotaan bagi kelas SJMK dihadkan kepada hanya 50 penerima.

Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Naib Presiden parti PKR itu merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Muhammad V atas perkenan pengurniaan tersebut.

Beliau menyifatkan pengurniaan itu sebagai satu penghormatan besar dan amanah untuk terus memperkukuh khidmat serta bakti kepada Raja, rakyat dan negara.

Selain Ramanan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Urusan Sentosa Jaya Sdn Bhd, Datuk Razali Daud turut dianugerahkan SJMK.

Penerima SJMK lain pada istiadat berkenaan ialah Dato’ Rosnazli Hj Amin, Dato’ Daniyar Kessikbayev, Dato’ Leon Emil Le’mercier dan Dato’ Mohd Khidir Yaacob.

Tiga penerima dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) dan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Seri Ab Rahim Ab Rahman.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here