Jururawat parah ditikam suami enam kali

SEORANG jururawat wanita berusia 44 tahun cedera parah selepas dipercayai ditikam sebanyak enam kali oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di Kota Bharu malam tadi.

Mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk leher dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu pada malam sama.

Menurutnya, lelaki berusia 47 tahun berkenaan ditahan selepas hadir dan menyerah diri kepada pihak polis.

“Suspek telah direman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here