SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Klinik, Tanah Merah, jam 12 tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, keluarga remaja berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada jam 5 petang semalam.
Katanya, remaja terbabit dikenali sebagai Nur Aleeya Natasha Mohd Sabri.
“Mangsa dikatakan keluar rumah jam 12 tengah malam kelmarin sebelum gagal dikesan.
“Ketinggian mangsa sekitar 157 sentimeter dengan berat 47 kilogram (kg). Alamat terakhir mangsa adalah di Jalan Klinik, Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Mohd Haki berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Airel Ashraf Rosli di talian 010-567 0798.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada talian hotline IPD Tanah Merah di 09-9558429 atau 09-9556222, hotline IPK Kelantan di 09-7455622 atau mana-mana balai polis berhampiran.





