Belanjawan 2027: Bantuan OKU meningkat kepada RM1.5 bilion, manfaatkan lebih 300,000 individu

PERUNTUKAN keseluruhan bagi bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) meningkat kepada RM1.5 bilion yang akan memanfaatkan lebih 300,000 individu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik pula ditingkatkan kepada RM600 sebulan daripada RM500 sebulan, manakala ambang pendapatan bagi melayakkan elaun pekerja OKU ditingkatkan kepada RM2,000 berbanding RM1,700 sebelum ini.

Beliau berkata, Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) akan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan untuk memberikan manfaat kepada 150,000 murid istimewa termasuk kanak-kanak autistik.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas pula akan ditingkatkan kepada RM300 daripada RM250 yang memanfaatkan 20,000 guru pendidikan khas.

“Dua Pusat Permata Kurnia akan dibina, iaitu di Melaka dan Pahang sebagai pusat khusus untuk anak-anak autistik diberi pendidikan, sokongan dan latihan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa Baharu akan dibuka di kawasan desa di seluruh negara bagi membolehkan anak autistik keluarga susah mendapat bimbingan awal dengan lebih berkesan.

Selain itu, katanya, 15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus bagi memanfaatkan 20,000 OKU Sindrom Down berdaftar.

Anwar berkata, 3,000 penjaga OKU baharu pula akan dibekalkan dengan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan OKU di seluruh negara.

Sementara itu, Anwar berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan diperuntukkan RM445 juta untuk melaksanakan pelbagai projek termasuk penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak serta pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim di Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju membina sebuah asrama khas dengan 100 tempat di daerah Kinta, Perak memandangkan anak Orang Asli tinggal jauh dari sekolah dan berisiko tercicir kerana sukar berulang-alik setiap hari.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here