Ambang kebankrapan naik daripada RM100,000 kepada RM150,000

KERAJAAN memutuskan untuk menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027, sebagai sebahagian usaha membantu rakyat keluar daripada belenggu kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sejak 2023, Kerajaan MADANI telah membantu lebih 250,000 rakyat keluar daripada kebankrapan.

“Dalam usaha mempercepat proses pelepasan, Dasar Peluang Kedua Prihatin turut diperluas kepada penjaga utama ahli keluarga orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan individu berpendapatan tidak tetap.

“Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C Akta Insolvensi juga akan terus diperkasa bagi individu yang memenuhi syarat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Dalam pembentangan itu juga Perdana Menteri berkata, erajaan akan membangunkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan orang ramai menyemak nombor telefon, akaun bank dan pautan mencurigakan sebelum melakukan transaksi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Beliau aplikasi itu akan dibangunkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) sebagai langkah mengesan penipu atau scammer dan penjenayah siber dengan lebih awal.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini telah menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan.

“Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata Bahagian D11 Bukit Aman sedang memperkukuh sistem Malaysia Internet Crime Against Children dengan keupayaan analisis data lebih canggih.

Katanya, langkah itu bertujuan mengesan lebih awal individu dan rangkaian yang terlibat dalam eksploitasi seksual kanak-kanak menerusi internet.

Beliau berkata SKMM juga akan mempergiat Kempen Internet Selamat di semua sekolah, dengan memberi tumpuan kepada usaha menangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here