Syed Saddiq-Bella Astillah sah bergelar suami isteri

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas pasangan itu diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Syed Saddiq, 34, dan Bella, 32, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, disatukan dengan sekali lafaz pada 10.40 pagi oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bella menerima mas kahwin RM500 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, yang dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara hantaran diberikan Syed Saddiq ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Simpan bernilai RM100,000 dan pakej umrah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here