Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEORANG penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Teluk Menara, Kuala Terengganu, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Faizal Salleh, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan kejadian itu.

Menurut siasatan awal, mangsa menunggang motosikal Honda Vario dari Kampung Batu Hampar menghala ke Chendering sebelum sebuah Proton Wira dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluannya.

Kereta itu dipandu lelaki berusia 39 tahun yang dalam perjalanan dari Pasar Payang menuju ke rumahnya di Kampung Batu Hampar.

Pemandu kereta berkenaan mengalami sakit dada dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik HSNZ untuk tindakan lanjut, manakala bedah siasat dijalankan pada jam 9.30 pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here