ORANG ramai menyifatkan tindakan mengutip derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai tidak wajar, malah mempersoalkan rasional orang ramai menyumbang wang kepada pemimpin berkenaan.
Menerusi ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kutipan tabung itu, selain mempersoalkan tindakan meminta sumbangan daripada rakyat dan mengaitkannya dengan kesalahan yang telah diputuskan mahkamah terhadap Najib.
Berikut komen mereka:
* Siti Rokiah: “Lawak ler, ada ke patut derma pada Najib yang dah sedia kaya raya? Penderma tu lupa ke Najib ni orang kaya lama? Keturunan dia kaya raya!”
* Jinual Mosedin: “Itu kebodohan pemimpin UMNO, konon membela rakyat, tapi yang nyata mengambil duit rakyat. Adakah patut umum minta bantuan derma untuk Najib?”
* @sitizabedah5890: “Tak ingin aku satu sen nak beri kat si Najib ni. Tak ingin nak bebaskan Najib ni. Buat apa? Kau dah seksakan kita semua bayar hutang 1MDB. Ni baru bayar interest. Hutang belum bayar.”
* @MatdesaMasri: “Hanya rakyat yang menghalalkan rasuah saja yang sanggup bagi derma kat si Najib ni… pelik.”
* @fahkriye5251: “Menjawab la depan semua nanti.. aku tak halal walau ada satu sen duit aku sebagai rakyat yang ditibai mereka.”
* @AhmadSalam-z1g: “Yang salah wajib dihukum… yang derma tu geng dan kuncu-kuncu. Pemimpin yang khianat, salah guna kuasa, akhlak buruk, humban je. Dari parti mana sekalipun, ramai lagi yang lebih berkemampuan.. Malaysia perlu berani.. berjuta jasamu hancur dengan setitik noda…”
* @hashimismail-rp7xm: “Setuju dengan pandangan bijak adik tersebut. Tidak ada yang lebih bodoh daripada penyokong UMNO meminta rakyat menderma kepada Najib yang telah didapati bersalah oleh mahkamah. Tahniah adik.”
* @James Baji: “Mengapa rakyat Malaysia begitu bodoh kena tipu dengan keluarga Najib dan UMNO? Najib tak cukup curi duit rakyat, sekarang menipu minta derma.”





