Dua beranak dikhuatiri sesat di hutan ketika cari akar kayu

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) dua beranak yang dikhuatiri tersesat ketika mencari akar kayu di kawasan hutan berhampiran pusat rekreasi Kolam Air Panas La Hot Spring, di Besut, masih diteruskan hari ini.

Mangsa, Adnan Mohamad, 57, dan anaknya, Adam Adnan, 25, masing-masing berasal dari Alor Setar dan Kulim, Kedah. Mereka sebelum itu menginap di Desa Landak Chalet, Kampung Padang Landak.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata berdasarkan laporan diterima, dua beranak itu dipercayai keluar mencari akar kayu di kawasan hutan berkenaan kira-kira jam 7 pagi Khamis lalu.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga kira-kira jam 3.30 petang semalam dan memaklumkan tersesat serta tidak menemui jalan keluar.

“Selepas itu, mereka tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, operasi SAR digerakkan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here