Istana Selangor serah polis siasat individu menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda

PENTADBIRAN Istana Selangor memandang serius berhubung kes individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor, sehingga memperdayakan orang awam bagi meraih keuntungan peribadi.

Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan telus.

“Pentadbiran Istana Selangor, mengambil maklum dan menerima laporan-laporan polis berkaitan individu yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada DYTM Raja Muda Selangor sehingga memperdayakan orang awam, bagi mempercayai urusan penjualan tanah dan kereta mewah untuk meraih keuntungan peribadi.

“Pentadbiran Istana Selangor memandang serius terhadap isu ini dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.

‘’Pihak pentadbiran istana juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, orang awam dimohon supaya membuat semakan dengan pihak pentadbiran istana berkaitan apa-apa dakwaan yang mengatakan kedudukan individu terlibat dengan nama istana dalam membuat sebarang urusan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here