Malaysia tawar pesawat Bombardier, tiga helikopter, 50 anggota bantu Indonesia padam kebakaran – Zahid

MALAYSIA menawarkan bantuan berupa sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan kira-kira 50 anggota bagi membantu Indonesia memadam kebakaran hutan, namun pelaksanaan misi itu masih menunggu persetujuan rasmi negara berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia bersiap sedia untuk menggerakkan aset dan anggota berkenaan, sebaik menerima persetujuan tersebut.

Beliau berkata walaupun jumlah bantuan itu kecil berbanding keseluruhan kekuatan pemadaman kebakaran di Indonesia, ia mencerminkan komitmen Malaysia untuk membantu negara jiran itu.

“Bantuan kita sekecil mana pun merupakan satu gesture (isyarat) yang baik untuk membantu negara jiran yang terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menghubungi Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengenai perkara ini.

“Kita komited untuk meneruskan bantuan ini bagi menangani masalah jerebu yang akhirnya sampai ke Malaysia, Singapura, Timor-Leste dan Indonesia sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Road Safety Congress (RSC) 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Malaysia menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama dengan agensi keselamatan lain, menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah serta masalah jerebu.

 Presiden Indonesia Prabowo Subianto dilapor telah meluluskan tawaran bantuan asing, bagi menangani krisis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan ancaman banjir selepas isu jerebu selesai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here