Di mana Nor Rowaifa?

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun enam bulan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Pelangi, Jalan Puchong Utama 5, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada ahli keluarganya pada jam 9.25 malam, 19 Oktober lalu.

“Remaja dikenali sebagai Nor Rowaifa binti Abdullah itu kali terakhir dilihat keluar dari kediamannya kira-kira jam 10.30 pagi pada hari sama.

“Ketika keluar, remaja berkenaan memakai baju berwarna ungu dan seluar palazo berwarna ungu.

“Nor Rowaifa mempunyai ketinggian 155 sentimeter, berat 68 kilogram, berkulit hitam manis, berambut panjang berwarna hitam serta bermata hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat remaja berkenaan diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau pegawai penyiasat, SM Salmah binti Mohd Nazri, menerusi talian 013-366 4324.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here