Jurulatih kecergasan direman tujuh hari kes amang seksual kanak-kanak

SEORANG jurulatih kecergasan yang juga pemilik gimnasium direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Suspek berusia 48 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dengan bertongkat sebelum perintah reman dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman.

Suspek dilaporkan mengalami kecacatan pada kaki kanan akibat kemalangan tujuh tahun lalu, lapor BH.

Berdasarkan laporan polis, mangsa merupakan rakan kepada anak perempuan suspek yang berusia tujuh tahun.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, 17 Oktober lalu, ketika mangsa dijemput suspek bersama anaknya untuk keluar makan.

Selepas makan dan bermain bersama anak suspek di rumah lelaki itu, mangsa didakwa diminta masuk ke bilik untuk mandi.

Suspek kemudian dipercayai masuk ke bilik air secara tiba-tiba sebelum melakukan perbuatan berkenaan terhadap kanak-kanak itu.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya, sebelum laporan polis dibuat semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here