JAKIM siasat dakwaan kaedah sembelihan ayam meragukan di Pasar Pudu

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan kaedah penyembelihan ayam yang meragukan di sebuah premis berhampiran Pasar Pudu, Kuala Lumpur, susulan penularan rakaman video berkaitan di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata siasatan itu turut dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan membabitkan syarikat yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan berkaitan syarikat bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terkait isu ayam yang sedang tular,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin, menggesa JAKIM menyiasat segera kaedah penyembelihan, status halal serta destinasi bekalan dan penjualan ayam yang diproses di premis berkenaan.

Beliau turut meminta siasatan bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Imigresen meliputi aspek kebersihan, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing.

Dakwaan itu timbul selepas seorang individu menunjukkan rakaman video kepada sekumpulan aktivis masyarakat, malam tadi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here