DBKL sita barangan 22 penjaja haram di Pasar Pudu

SERAMAI 22 penjaja tanpa lesen termasuk 13 warga asing dikenakan tindakan penguatkuasaan manakala 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu (Pasar) Siri 3/2026 di sekitar Pasar Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

Operasi bermula jam 6 pagi itu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa kebenaran serta pelanggaran syarat permit kerja oleh warga asing.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan operasi tertumpu kepada penjaja dan individu warga asing yang menjalankan atau mengendalikan aktiviti perniagaan melibatkan jualan barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 22 penjaja tanpa lesen terdiri daripada 13 warga asing dan sembilan warga tempatan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran serta menyebabkan halangan di tempat awam.

“Tindakan sita dan pindah barangan perniagaan dilaksanakan selain satu notis kompaun turut dikeluarkan terhadap pemilik gerai tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Pelbagai barangan dan peralatan perniagaan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, barangan am, troli dan bakul disita sebelum dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Kenyataan itu berkata, JIM menahan 16 individu membabitkan tiga warga Bangladesh, 12 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar yang dikesan tinggal di negara ini tanpa pas, permit atau dokumen dan memasuki Malaysia tanpa memiliki pas atau permit sah.

Katanya, mereka yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img