Disyaki minta rasuah RM30 juta kurangkan cukai, SPRM reman Pengarah Unit enam hari

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat.

Suspek dipercayai meminta dan menerima suapan berkenaan bagi membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran syarikat-syarikat terbabit yang berjumlah RM140 juta.

SEORANG penjawat awam yang merupakan Pengarah Unit direman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30 juta ketika dibawa untuk mendapatkan perintah reman, di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. GAMBAR: SPRM

Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober depan terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an yang memegang jawatan Pengarah Unit itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

SEORANG penjawat awam yang merupakan Pengarah Unit direman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30 juta ketika dibawa untuk mendapatkan perintah reman, di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. GAMBAR: SPRM

Menurutnya, perbuatan tersebut disyaki dilakukan sepanjang tahun 2025 hingga 2026.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here