Timbalan Ketua Polis Langkawi meninggal dunia

TIMBALAN Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, pada jam 3.21 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin, berkata Allahyarham berusia 52 tahun dan dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan fungsi pelbagai organ.

“Pemergian arwah merupakan satu kehilangan buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

“Semoga segala jasa dan khidmat bakti arwah sepanjang menjalankan amanah kepada pasukan dicatat sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran Allah SWT.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi Facebook Polis Langkawi, hari ini.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan terpaksa ditidurkan ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha.

Allahyarham juga pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, sejak 29 September lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Mahani Md Sidek, dan empat anak.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here