Bekas ADUN Bukit Besi, Roslee Daud meninggal dunia

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud, meninggal dunia di Hospital Dungun pada jam 5.30 pagi tadi pada usia 66 tahun.

Allahyarham yang juga pernah berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu merupakan wakil Barisan Nasional (BN) daripada UMNO bagi kawasan Bukit Besi selama dua penggal, dari Mei 2013 hingga Ogos 2023.

Sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran negeri, beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.

Jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi selepas solat Zuhur di Masjid Bukit Besi, lapor Buletin TV3.

Pemergian beliau menamatkan khidmatnya dalam arena politik dan pentadbiran negeri yang berlangsung selama lebih sedekad.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here