Dua lelaki positif dadah ditahan, pil Yaba 53.2 gram dirampas

DUA lelaki ditahan selepas polis menemukan 53.2 gram pil disyaki dadah jenis Yaba dalam serbuan Op Tapis di sebuah rumah dusun di RKT Kesedar Meranto, Gua Musang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pada jam 12.15 tengah malam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan di tingkat dua rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebuah beg silang berwarna oren yang mengandungi bekas besi serta beberapa bungkusan plastik berisi pil disyaki Yaba.

“Dadah itu mempunyai berat keseluruhan 53.2 gram dengan anggaran nilai RM5,320. Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek pula didapati positif methamphetamine,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor Buletin TV3.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua lelaki tempatan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti individu lain yang terbabit serta mengesan sumber bekalan dadah berkenaan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here