Anwar zahir tahniah sempena Jubli Perak Sultan Selangor

DATUK Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan, selain terus memayungi rakyat Selangor dengan adil dan saksama.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat negeri Selangor dengan adil dan saksama.

“Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam hantaran itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here