MBPP tutup 4 premis perniagaan dikendalikan warga asing

EMPAT premis perniagaan di daerah Timur Laut dikenakan tindakan penutupan selepas didapati dikendalikan warga asing dalam operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kelmarin.

Menurut kenyataan MBPP, pemeriksaan menerusi Op Tegas itu dijalankan di Jalan Tanjung Bungah, Jalan Hassan Abbas di Teluk Bahang dan Jalan Batu Ferringhi.

“Ketika pemeriksaan, didapati individu warga asing di dalam premis berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” menurut kenyataan itu.

Operasi berkenaan dilaksanakan Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan serta Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP.

Selain penutupan premis, pihak berkuasa turut merampas beberapa barangan perniagaan termasuk papan iklan dan rak besi.

Di sebuah premis di Jalan Batu Ferringhi, MBPP turut merampas tong ais untuk menyimpan ikan, dua bilah pisau dan sebuah papan pemotong selepas mendapati pemiliknya menjalankan aktiviti penjualan ikan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here