Isu Ismail Lasim” BN serah kepada Tuanku Muhriz tentukan pelantikan Menteri Besar – Zahid

BARISAN Nasional (BN) menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menentukan urusan pelantikan Menteri Besar negeri itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menghormati kuasa baginda dan akan memastikan segala urusan berkaitan kemelut politik negeri itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri.

“Kita serahkan kuasa pelantikan ini kepada kebijaksanaan Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

“Kita tidak akan sesekali-kali melanggar sebarang perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA, di Kuala lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan kemelut politik di Negeri Sembilan, termasuk kemungkinan Ismail mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Semalam Naib Presiden UMNo Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kemelut politik di Negeri Sembilan perlu diselesaikan di peringkat negeri tanpa campur tangan pihak luar.

Katanya, beliau yakin pihak Istana Negeri Sembilan mempunyai perancangan tersendiri bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Saya rasa ini sudah sampai peringkat istana, saya ingat elok saya tak payah komen. Tetapi saya percaya pihak istana Negeri Sembilan akan menyusun strategi.

“Jadi kita tak payah campur, itu hak mutlak yang perlu dikendalikan di peringkat negeri. Saya sebagai Naib Presiden UMNO, tidak mahu mengeruhkan suasana.

“Benda ini sudah terlampau lama dan saya fikir pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini ialah Negeri Sembilan,” katanya kepada media selepas  Program TNB Santuni Komuniti Titiwangsa di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here