Kontraktor wanita diserang, dicabul di tempat letak kereta

SEORANG wanita berdepan detik mencemaskan selepas diserang seorang lelaki dan dicabul di tempat letak kereta di sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, di ibu negara semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang kontraktor berusia 33 tahun menuju ke keretanya sebelum dihampiri lelaki tidak dikenali dan melakukan perbuatan terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan pada jam 8.09 pagi semalam berhubung kes mencabul itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2.

“Suspek dipercayai berusia dalam lingkungan umur 27 hingga 28 tahun.

 “Setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini yang dipetik BH Online.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img