MASON Mount menyelamatkan Manchester United daripada kritikan lanjut apabila beliau meledak gol dalam kemenangan 2-1 secara kebangkitan menentang Crystal Palace di Selhurst Park.
Pemain tengah itu merembat masuk daripada satu set-piece yang dirancang dengan baik selepas menerima hantaran Bruno Fernandes.

Gol itu, yang merupakan gol kedua Mount musim ini, hadir beberapa minit selepas Joshua Zirkzee menamatkan penantian setahun untuk gol Liga Perdana dengan satu penyudah dari sudut yang kelihatan mustahil.
United melengkapkan kebangkitan pada separuh masa kedua dalam satu perlawanan yang mendebarkan memberikan ssedikit harapan buat pasukan Ruben Amorim.
United tampak tidak bermaya dalam semua aspek kepada Palace pada 45 minit pertama walaupun menunjukkan potensi awal apabila Dean Henderson menafikan Casemiro daripada menjaringkan gol awal.
Dalam satu situasi permainan yang menggambarkan betapa suramnya persembahan United, Leny Yoro menjatuhkan Jean-Philippe Mateta di dalam kotak penalti, menghadiahkan sepakan penalti kepada Palace.
Mateta terpaksa mengulang sepakan itu selepas VAR mendapati beliau menyentuh bola dua kali.
Lebih banyak peluang menyusul untuk Palace dalam separuh masa pertama dengan Matthijs de Ligt dan Luke Shaw terpaksa melakukan halangan penting bagi mengelakkan ‘kerosakan lebih besar’.
Amorim dilihat mundar-mandir dengan gelisah semasa rehat separuh masa, mengambil masa seketika sebelum memberikan ucapan motivasi paling penting kepada pemainnya, sambil berharap dapat mengelakkan pengulangan aksi hambar pada Isnin menentang 10 pemain Everton.
Apa sahaja yang dikatakannya menjadi, membantu United menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan untuk naik ke tangga keenam, mengatasi Palace yang terlepas peluang menempatkan diri dalam empat teratas. Amorim juga menjadi pengurus United pertama yang menang di Selhurst Park sejak Ole Gunnar Solskjaer pada 2020.


