2 pemancing hilang, 6 selamat bot dinaiki terbalik

DUA lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika keluar memancing di perairan Kampung Tamau Batu Gadung, di Kota Belud petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, bot membawa lapan individu dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai, dengan dua mangsa berusia 23 dan 18 tahun dikhuatiri lemas.

Enam lagi mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Pegawai Bomba Elgie Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan dengan menyusuri sepanjang tebing sungai di kawasan bot karam.

“Kedua-dua mangsa yang hilang masih belum ditemukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Buletin TV3.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img