KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sehingga dua hari, tertakluk mengikut Kumpulan A dan B.
Berdasarkan kalendar Akademik KPM 2026, Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac.
Kumpulan B pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Mac.
Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya adalah daripada Kumpulan B.
Di samping itu, cuti Aidilfitri turut disambung dengan Cuti Penggal Pertama sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.
Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 hingga 29 Mac.


