`Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, terima kasih mendoakan saya’ – Siti Nurhaliza

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Maju (MEX) selepas membuat persembahan di Sepang petang tadi mengesahkan beliau tidak mengalami kecederaan yang serius.

Menerusi hantaran video di Instagram (IG), Siti Nurhaliza memberitahu beliau hanya mengalami bengkak pada kaki kiri dan sudah membuat imbasan X-ray berikutan bimbang ligamen pada bahagian itu terkoyak.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya, selain menjelaskan perlu mengambil masa untuk berehat.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Memang agak terkejut juga. Tetapi, iyalah kalau sudah hendak jadi. Alhamdulillah, saya tidak ada kecederaan serius.

“Cuma kaki saya bengkak dan ligamen takut terkoyak. Saya sudah buat X-ray dan balut kaki. Jadi, mungkin kena rehat dan sekarang baru rasa berdenyut.

“Saya harap cepat sembuh sebab ada acara. Terima kasih semua yang mendoakan saya,” katanya.

Petang tadi, Siti Nurhaliza dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak bersama beberapa individu lain terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2, Lebuhraya MEX dekat Seri Kembangan.

Melalui hantaran IG Story, Rozi memberitahu, penyanyi nombor satu negara itu mengalami lebam dan bengkak pada kaki berikutan kemalangan tersebut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img