AYATOLLAH Alireza Arafi dilantik ke dalam majlis kepimpinan sementara Iran yang akan menerajui negara itu susulan kematian pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
“Majlis Penilaian Kepentingan Negara memilih Ayatollah Alireza Arafi sebagai ahli majlis kepimpinan sementara,” kata jurucakap majlis, Mohsen Dehnavi dalam satu catatan di X.
Majlis sementara yang juga akan merangkumi Presiden dan ketua badan kehakiman akan memimpin negara sehingga Dewan Pakar memilih pemimpin tetap secepat mungkin.
Terdahulu, televisyen kerajaan Iran mengesahkan kematian Khamenei pada awal hari ini, beberapa jam selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pembunuhan ulama berusia 86 tahun itu.
Susulan itu, Iran mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari dan tujuh cuti umum.


