Amang seksual di kebun pisang: Kelindan lori dipenjara 5 tahun

SEORANG kelindan lori dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya di kebun pisang tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan tertuduh berusia 47 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Surita Budin yang turut mengarahkannya menjalani kaunseling dan pengawasan polis selama setahun selepas selesai hukuman.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun empat bulan dengan memeluk mangsa dan menunjukkan kemaluan kepadanya di kawasan kebun pisang Kampung Stesen 3 di Nilai kira-kira 12.30 tengah hari pada Mei 2024.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 15(a)(i) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum dan berjanji tidak akan mengulanginya, selain memberi alasan bekerja sebagai kelindan lori, sudah berkahwin dan menanggung lima anak.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman setimpal mengambil kira mangsa masih muda dan tertuduh selaku bapa saudaranya patut melindungi mangsa, selain mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam berbanding peribadi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img