Anak lelaki bekas pemimpin negara ditahan, polis temukan dadah dalam kereta

SEORANG anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol Damansara Kuala Lumpur , semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.

Difahamkan lelaki terbabit memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya serta berada dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 0.6 lebuh raya terbabit.

Pemeriksaan terhadap keretanya menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber lelaki itu turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img