Angkuhnya Netanyahu di PBB bagaikan ‘syaitan bertopeng manusia’ dilindungi Trump,AS

BENJAMIN Netanyahu muncul di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan penuh keangkuhan memberi amaran bahawa negara Zionisnya ‘mesti menamatkan tugasnya’ menghancurkan Hamas di Gaza.

Ternyata Netanyahu yang dianggap pembunuh nombor satu dunia berikutan arahannya kepada tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin sama sekali tidak mempedulikan lebih 150 negara yang mengiktiraf Palestin apabila menegaskan, beliau tidak akan menamatkan peperangan di Gaza.

‘’Pemimpin barat mungkin tunduk di bawah tekanan namun saya beri jaminan satu perkara Isarel tidak akan (tunduk),’’ katanya yang berucap dengan dewan persidangan hampir kosong apabila diplomat negara-negara lain meninggalkan lokasi itu apabila Netanyahu mula berucap.

Netanyahu juga menyifatkan tindakan mengiktiraf negara Palestin sebagai,’’keputusan memalukan itu akan menggalakkan keganasan terhadap orang Yahudi dan terhadap orang tidak berdosa di mana sahaja.’’

Kenyataan Netanyahu menampakkan dengan jelas, beliau bagaikan ‘syaitan bertopengkan manusia’ yang cuba memberi nasihat seolah-olah beliaulah mahu menyelamatkan ‘insan-insan tidak berdosa di mana sahaja’.

Tetapi Netanyahu sendiri membunuh hampir 70,000 rakyat Palestin tidak berdosa dengan menggunakan alasan memerangi Hamas. Bayi, kanak-kanak, wanita, warga emas…semua menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Dan semalam Netanyahu yang diisytiharkan sebagi  penjenayah perang oleh Mahkamah jenayah Antarabangsa (ICJ) dengan angkuh cuba menggambarkan dirinya insan paling suci dan mulia di muka bumi Allah ini, sekelumit pun tidak berasa kesal serta bersalah terhadap keganasan yang beliau lakukan di bumi Palestin.

Netanyahu langsung tidak kisah dewan hampir kosong akibat protes asing, sebaliknya beliau dengan bongkak mengangkat alat bantu visual – peta rantau yang diberi tajuk ‘The Curse’ yang memaparkan cabaran Isrel di kawasan jirannya.

Pembunuhan rakyat Palestin itu juga dengan angkuh menandainya dengan pen penanda besar dan turut memakai sebutir pin dengan kod QR yang membawa ke laman mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuskan perang serta mengenai tebusan Israel yang ditawan militan.

Keangkuhan  Netanyahu yang bagaikan ‘syaitan merah’ berucap di PBB adalah disebabkan beliau yakin bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan sentiasa bersama Israel.

Ia terbukti apabila Netanyahu  kerap memuji Trump sekutunya dalam politik dan ketentaan di rantau itu termasuk di Palestin. Walaupun dalam pertemuan dengan pemimpinp-pemimpin Islam di PBB pada Selasa lalu, Trump memberi jaminan akan menghentikan segera peperangan di Gaza tetapi sehingga ke hari ini tiada apa-apa berlaku.

Sebaliknya Trump terus membuai-buaikan pemimpin-pemimpin dengan puji-pujian sehingga mereka lupa bahawa tangan Trump dan tangan Netanyahu tiada bezanya, kedua-duanya ‘berlumuran’ dengan rakyat Palestin.

Atas sebab itulah Netanyahu langsung berasa tidak bersalah terhadap pembunuhan beramai-ramai yang beliau lakukan di Gaza apabila dalam ucapannya mempersoalkan tuduhan tersebut . Perdana Menteri Israel itu bertanya, negara manakah yang mahu melakukan perbuatan tersebut meminta supaya orang awam meninggalkan kawasan terlibat.

‘’Kalau kami mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai, kenapa perlu kami menyuruh mereka berbuat demikian,’’ kata Netanyahu yang sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak peduli pun kematian rakyat Palestin.

Sebenarnya strategi jahat Netanyahu bukannya mahu menyelamatkan penduduk Palestin tetapi mahu menghalau mereka dan seterusnya membunuh mereka secara halus dengan menyekat bantuan kemanusiaan, menyerang penduduk yang sedang mengambil makanan selain mengebom hospital serta kem-kem pelarian.

Kalau benar Netanyahu mahu menyelamatkan orang awam tidak berdosa, Netanyahu akan benarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza manakala kawasan kem pelarian dan hospital dianggap kawasan bebas perang.

Tetapi semua lokasi itu diserang malah lebih 200 wartawan yang membuat liputan peperangan di Gaza dibunuh oleh rejim Zionis, bukan setakat wartawan malah doktorpun turut jadi sasaran. Dan semalam Netanyahu berdiri dengan angkuh mengatakan mahu menyelamatkan orang awam!

Semua itu terjadi kerana Netanyahu yang akan mengadakan pertemuan dengan Trump esok tahu bahawa Presiden Amerika Syarikat itu tidak akan menghalang kekejama dan keganasan Netanyahu. Trump akan berlakon apabila nanti akan mengatakan bahawa beliau telah mengarahkan Netanyahu menghentikan peperangan di Gaza.

Kalau betullah Trump mahu menghentikan peperangan itu, kalau benarlah Trump ingin menyelamatkan rakyat Palestin – Trump buktikan dengan memastikan Netanyahu TIDAK MENGANGGU perjalanan bot Global Sumud Folitila yang akan sampai di Perairan Gaza esok atau lusa.

Seandainya bot-bot dihalang, jika peserta-peserta dari serata dunia itu ditahan maka sempurnalah sudah sandiwara Netanyahu dan Trump memperbodohkan masyarakat dunia khususnya negara Islam.

Paling Klasik Netanyahu yang terpaksa mengubah laluan udara ke PBB untuk elak ditahan  boleh muncul di New York untuk berucap kerana tahu mana mungkin ‘saudara kembar tak seirasnya’ Trump dan AS akan menangkapnya untuk dihadap ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (IC).

Penulis sentiasa percaya bahawa Netanyahu dan Trump sama sahaja angkuh dan bijak bersandiwara…hinggakan negara Islam yang maruah dicabul oleh Israel pun sekadar mengecam sahaja dan terus leka dipuji Trump!



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Threads:
@utusanmelayuplus

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img