Apa nasib KJ -Keluar Sekejap,Keluar Selamanya atau Kembali Juang?

KALAU mengikut apa yang dihebohkan, Majlis Tertinggi (MT)  UMNO akan mengadakan mesyuarat malam ini atau mungkin juga pada tarikh lain.

Tidak kisahlah bilapun yang penting ramai ternanti-nanti apakah pendirian kepimpinan UMNO tetap hasrat Khairy Jamaluddin (KJ) untuk kembali kepada parti itu.

Semalam selepas dua tahun dipecat daripada UMNO, Khairy kembali kepada bangunan parti itu Putra World Trade (PWT) untuk menyertai forum pendidikan anjuran Pemuda UMNO.

Khabarnya hadiri begitu teruja dengan insan yang digelar KJ tersebut. Mereka memberi tepukan gemuruh dan melaungkan ‘hidup khairy’.

Keterujaan dan laungan itu bukanlah sekadar menghiasi majlis tetapi  menunjukkan betapa mereka amat mengharapkan lelaki yang akan genap 50 tahun pada 10 Januari depan akan kembali berjuang bersama parti berkenaan.

Khairy antara pemimpin  muda yang dilihat mempunyai masa depan politik yang cerah tetapi semua itu akan terbantut dalam kepimpinan UMNO atau ada ahli MT melihat beliau sebagai ancaman.

Sepatutnya dengan kesetiaan dan kewibawaan  yang ditunjukkan oleh Khairy, beliau tidak akan ada masalah untuk diterima kembali, tambahan pula dengan kebijaksanaan dan aura dimiliki.

Bagaimanapun politik UMNO tidak pernah berubah dan tidak mungkin berubah. Pemimpin muda seperti Khairy dan Shahril Hamdan serta pemimpin berwibawa seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dilihat sebagai aset sebaliknya ancaman.

Tidak kisahlah apapun mahu jadi kepada UMNO, terlingkup dalam pilihan raya atau hanya sekadar jadi pak turut,  itu bukan perkara yang harus dibimbangi sebaliknya yang dikhuatiri  ialah kedudukan dan kepentingan masing—masing.

Jika mereka tidak mempunyai apa-apa sentimen mereka harus memastikan Khairy dibenarkan kembali ke dalam UMNO dan  memanfaatkan kelebihan yang ada kepada beliau untuk menarik pengundi muda- satu kelompok pengundi yang majoritinya tidak menyebelahi UMNO.

UMNO sudah memiliki pemimpin muda lantang seperti Dr Akmal Saleh dan ia boleh diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Khairy. Tidak usahlah berhujah  bahawa ramai pemimpin UMNO terluka dengan tindakan dan kata-kata Khairy.

Habis tu, adakah pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah terluka dengan kata-kata DAP? Adakah pemimpin UMNO tidak pernah rasa terkilan dengan tindak tanduk DAP?Apa yang DAP tak pernah kata kepada UMNO? Kalau mahu dibandingkan dengan kritikan Khairy, ia terlalu kecil untuk diperhitungkan.

Ada yang berhujah kita terima kritikan dan teguran tapi gunalah saluran yang betul… itu hanyalah alasan..kalaupun guna saluran yang betul…ia bagaikan ‘mendaftar nama dalam senarai tidak sehaluan’ dengan  kepimpinan.

Oleh itu UMNO perlu telus dalam mempertimbangkan penyertaan semula Khairy Jamaluddin dengan mengenepikan segala sentimen. Letakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya walaupun penulis tahu ia mungkin ibarat menanti bulan jatuh ke riba.

Tetapi UMNO kena ingat parti lambang ‘bulan’ makin jadi idaman  sedangkan ‘keris’ yang terbenam dilihat dilihat semakin terbenam bersama ‘roket’. Apapun sama-samalah kita tunggu apa kesudahan nasib KJ – Keluar Sekejap,Keluar Selamanya atau Kembali Juang!

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img