
SALAH satu bidang yang memperlihatkan tanda jelas kelemahan prestasi Amerika Syarikat dalam konflik ini ialah aspek pertahanan udara, khususnya pertahanan peluru berpandu.
Bukti di lapangan menunjukkan beberapa pangkalan AS di sekitar Teluk Parsi kekal terdedah kepada serangan walaupun dilengkapi dengan sistem pertahanan canggih.
Analisis perang oleh Tasnim News Agensi menunjukkan apabila infrastruktur kritikal seperti stesen komunikasi satelit, radar amaran awal dan komponen penting sistem pertahanan seperti THAAD serta Patriot Sistem peluru berpandu Patriot menjadi sasaran serangan, ia bukan sekadar insiden taktikal, tetapi membawa “isyarat strategik” kepada pihak lawan.
Isyarat ini menunjukkan bahawa keberkesanan sistem pertahanan peluru berpandu AS mungkin mempunyai batasan, bertentangan dengan imej yang sering digambarkan.
Dalam konteks yang sama, laporan daripada sumber Israel turut menyatakan bahawa satu pertiga daripada simpanan peluru pemintas THAAD telah digunakan, manakala beberapa radar canggih di rantau tersebut dilaporkan rosak atau tidak lagi beroperasi.
Keadaan ini memaksa Amerika Syarikat memindahkan sebahagian aset radar dari kawasan lain, termasuk Asia Timur, bagi menampung kekurangan tersebut.
Pemindahan aset ini membawa implikasi besar. Contohnya, pengalihan sistem dari kawasan seperti Korea Selatan berpotensi menjejaskan tahap pencegahan negara itu terhadap ancaman serantau, termasuk dari Korea Utara.
Secara tidak langsung, pengagihan semula sumber pertahanan AS di satu medan boleh melemahkan liputan pertahanan di medan lain.
Lebih penting lagi ialah isu “masa pemulihan” keupayaan tersebut. Penggantian atau pembinaan semula sistem radar dan peluru berpandu yang canggih memerlukan masa panjang akibat kerumitan teknikal serta kos yang tinggi, dan boleh mengambil masa beberapa tahun.
Jurang masa ini berpotensi menimbulkan cabaran besar kepada Amerika Syarikat, khususnya dalam berdepan kuasa besar seperti China.
Secara keseluruhan, perkembangan ini bukan sahaja menimbulkan persoalan terhadap keunggulan mutlak sistem pertahanan AS, malah menghantar mesej jelas kepada pesaing strategiknya.
Mesej tersebut berpotensi mempengaruhi pengiraan ketenteraan mereka dan dalam jangka panjang boleh mencetuskan cabaran yang lebih besar terhadap kedudukan ketenteraan Amerika Syarikat di peringkat global.
Persoalannya adakah halusinasi Presiden Donald Trump bahawa Iran mahu berunding bagi menamatkan perang dan rakyat negara itu mahu beliau menjadi pemimpin tertinggi mereka ada kaitan dengan masalah THAAD ini?
Ia memandangkan Trump dilihat mahu menggelakkan peperangan berterusan disebabkan tindak balas tanpa erti kalah oleh Iran. Justeru Trump terpaksa mencipta pelbagai naratif termasuklah rundingan sedang dijalankan dengan Iran…kalau keldai dengar pun ‘akan tersengih’.
Kenyataan Trump itu dianggap halusinasi tertinggi kerana kesemua pemimpin utama Iran bukan sahaja menafikan mengadakan apa-apa rundingan dengan Amerika Syarikat malah menegaskan sama sekali tidak akan berbuat demikian.
Halusinasi Trump yang dianggap Presiden Amerika Syarikat paling buruk dalam sejarah 250 tahun kewujudan negara kuasa besar itu sejak tahun 1776 semakin teruk apabila sebahagian besar anggota tentera negara itu tidak mahu mati demi Israel.
Apapun yang pasti Iran sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengalah malah sudah menyiapkan sejuta tentera untuk berhadapan serangan darat Amerika Syarikat.


