Bapa tiri dipenjara 30 tahun, 18 sebatan rogol anak tiri

SEORANG bapa tiri dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas, hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan merogol anak tirinya.

Tertuduh, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai peniaga, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa yang berusia 13 tahun tujuh bulan ketika kejadian, yang mana hubungan itu tidak dibenarkan di sisi undang-undang atau hukum agama.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Tanah Merah antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi dalam tempoh antara 31 Mac 2025 hingga 30 Mac 2026.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu agar dibenarkan menjalani hukuman di Penjara Kajang bagi memudahkan anak-anaknya yang tinggal di Lembah Klang melawatnya, selain menyatakan reda dengan hukuman yang bakal dikenakan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan memandangkan kesalahan itu serius serta memberi kesan trauma kepada mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua berserta enam sebatan, 10 tahun penjara bagi pertuduhan ketiga dan keempat berserta enam sebatan serta 10 tahun penjara bagi pertuduhan kelima dan keenam berserta enam sebatan.

Kesemua hukuman berjalan secara berasingan menjadikan jumlah keseluruhan 30 tahun penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 6 April 2026 serta 18 sebatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img