TIGA buah kenderaan rosak selepas dirempuh sebuah bas ekpres yang dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di Kilometer 47 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada orang awam jam 6 petang.
“Siasatan mendapati kemalangan membabitkan bas ekspres yang membawa 39 penumpang dari Terminal Bersepadu Gombak menghala ke Raub.
“Semasa tiba di lokasi, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong atau mana-mana balai polis berdekatan


