Dua budak berbasikal maut dirempuh City Hatchback

DUA kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun meninggal dunia selepas basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Sedaka Tengah, Yan, hari ini.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut penduduk, dua kanak-kanak itu menunggang sebuah basikal dengan seorang berdiri di belakang sebelum dirempuh kereta.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis menerima makluman awal daripada orang awam membabitkan kes kemalangan di Jalan Sedaka Tengah membabitkan sebuah kenderaan dan basikal.

“Dua kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian namun maklumat lanjut akan menyusul,” katanya, lapor Harian Metro Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img